bengkel seni halus & kraf_

Sejak 2018, kami telah mengadakan lebih kurang 50 buah bengkel kesenian termasuk seni visual, kraf tangan, penulisan, muzik, dan sebagainya. Kesemua bengkel anjuran kami adalah percuma, melainkan jika ruang kami disewa oleh pengajar luar.

Terima kasih kepada semua peserta yang pernah merakam kenangan indah bersama kami, menyokong RUsSEL sejak hari pertama. Nantikan program bengkel kami yang seterusnya selepas ini. Insya-Allah, semoga wabak COVID-19 berjaya dicegah—dan diubati.