residensi seni_

Pembangunan seni dan budaya seharusnya menjadi komponen penting dalam pembangunan negara bangsa. Seperti mana aspek itu menjadi teras penting kepada tamadun-tamadun besar dunia; kesenian dan kebudayaan perlu tumbuh selari dengan pembangunan ekonomi, sosial dan juga teknologi.

Kerajaan Negeri Selangor melalui inisiatif Rumah Seni Selangor, atau RUsSEL berhasrat untuk memberdayakan dan menyokong pelbagai bentuk aktiviti kesenian dan kebudayaan. Rumah Seni Selangor berfungsi sebagai tempat berkumpul yang inklusif untuk para penggiat seni menjalankan pelbagai aktiviti bercorak formal atau santai seperti kelas melukis dan kraf, forum, persembahan muzik, tayangan filem dan banyak lagi.

 

Konsep utama RUsSEL adalah penyediaan ruang residensi artis, iaitu studio yang merupakan tempat bagi pelukis menghasilkan karya mereka dalam tempoh yang tertentu serta beberapa ruang modular yang menjalankan pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan.

 

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar

Selangor Darul Ehsan 

ANGANBAROK

Sesi Tiga

2020

Abdul Hadi Ramli, Tan Jee Ling & Atiqah Khairul Anuar.

AKAR

Sesi Satu

2018

Anasuha Suhairi, Mat Ramli Mansor & Arina Kiswantoh.

SISARASA

Sesi Dua

2019

Haz Yusup, Fadhli Ariffin & Khairul Ehsani Sapari.