Catan 1

Catan 1

Suasana di Gelanggang Latihan Silat/Pertahanan diri: Persiapan pertahanan diri.

‘Apa tanda berani terpuji,
berani tidak mengharap puji, berani menurut perintah Ilahi,
berani mengikut sunnah Nabi, berani dengan ikhlas hati,
berani tidak merusak budi, berani tidak mencari kelahi,
berani tidak melupakan diri’

Campuran atas kanvas

2021

2' x 3'

_____

PANGLIMA HITAM: Ya, begitu. Kalah menang adalah adat permainan. Tetapi jangan kita lupa adab sopan. Ya, anak-anak murid sekalian! Kita tidak boleh sombong walaupun berapa handalnya kita. Jangan kita ingat kitalah yang habis pandai, kerana mungkin ada orang yang pandai lagi. Jangan kita ingat kitalah yang habis kuat, kerana mungkin ada orang yang kuat lagi. Diharap ini akan memberi satu pengajaran kepada Jusuh. (Dia memandang kepada Cik Wan Kembang) Permainan Tengku sudah meningkat. Bagus. Sekarang kita pulang. Besok kita berlatih bermain keris pula.
... (Halaman 36).

Buku-Buku Rujukan:

Mohamed Zahir Haji Ismail. (1992). Drama Cik Siti Wan Kembang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.