Catan 2

Catan 2

Suasana di Pentas Makyong: Mengasah bakat dan kecintaan kepada bidang kesenian.

'Ke hulu seaib semalu, ke kuala seadat selembaga,
ke laut sama seturut, ke darat sama sepakat,
ke tengah seiring langkah, ke tepi seayun kaki,
ke bukit sama bersakit, ke lurah sama bersusah’

Campuran atas kanvas

2021

2' x 3'

_____

Akhirnya Cik Wan Kembang sendiri masuk bermain menjadi puteri dalam kedua-dua kumpulan itu. Dia hendak menentukan kumpulan mana yang sesuai dengan permainannya. Dia memakai pakaian puteri makyung. Dia kelihatan cukup cantik dan suaranya sungguh merdu. Nyanyiannya dapat disambut oleh Tuk Peran dan Putera Raja Makyung itu… (Halaman 39).

Buku-Buku Rujukan:

Mohamed Zahir Haji Ismail. (1992). Drama Cik Siti Wan Kembang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.