Catan 3

Catan 3

Peristiwa di dusun buah-buahan: Penjagaan harta-benda dan kesaksamaan pengadilan kes yang dikemukakan.

‘Wahai anakanda mustika bunda
Adil dan benar hendaklah bela
Jagalah dengan sehabis daya
Supaya hidupmu beroleh pahala’

Campuran atas kanvas

2021

2' x 3'

_____

CIK WAN KEMBANG: Tidakkah terlintas di hati kau untuk menanam biji itu supaya tidak mengharapkan ‘tuk lituk’ orang datang bergolek ke kawasan kau saja? Tanyalah Leh bagaimana hendak menanam. Jangan tanam kemudian dilupakan pokok-pokok itu. Pokok hendaklah dijaga seperti kita menjaga anak sendiri. Barulah dia membesar dan berbakti kepada kita. (Baginda beralih kepada Leh) Leh, apa yang kau hendak buat balik nanti?

LEH: Patik akan pagar dusun patik supaya buah tidak bergolek ke Kawasan Mat Amin lagi.
... (Halaman 67).

Buku-Buku Rujukan:

Mohamed Zahir Haji Ismail. (1992). Drama Cik Siti Wan Kembang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.