Catan 4

Catan 4

Suasana di jeti: Kemakmuran negeri dengan kedatangan pedagang-pedagang asing serta aktiviti perdagangan/perniagaan.

‘Yang kaya pemurah, yang miskin rajin
Yang berpangkat ingat, yang berkuasa berjasa
Yang tinggi berbudi, yang besar penyabar
Yang senang mengenang, yang kuat cermat
Yang berani berbakti, yang tua amanah
Yang muda menakah’

Campuran atas kanvas

2021

2' x 3'

_____

Sebuah kapal layar dari India sedang mudik di Sungai Kelantan. Di dalamnya ramai orang dari India yang datang ke Kelantan untuk berniaga. Ada tiga orang Arab yang sudah lama berniaga di India datang bersama-sama hendak berniaga di Kelantan. Mereka membawa kitab-kitab, kayu kencana, buah tamar, buah zaitun, minyak atar, minyak zaitun, minyak wangi, celak dan lain-lain.
(Halaman 68).

SYEIKH ABDUL RAHMAN: Negeri patik berlainan Tuanku. Di sana orang tidak percaya sesama sendiri. Selalu terjadi pembunuhan untuk merampas kuasa. Sebab itulah sesiapa pun yang tidak dipercayai, tidak boleh berdekatan dengan raja, takut raja itu dibunuh. Tapi di negeri Kelantan ini tidak begitu. Negerinya aman. Di antara raja dan rakyat ada tali persefahaman. Pedagang-pedagang mudah berniaga. Patik memohon keizinan Tuanku untuk berniaga di negeri ini.
… (Halaman 71).

Buku-Buku Rujukan:

Mohamed Zahir Haji Ismail. (1992). Drama Cik Siti Wan Kembang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.