Catan 5

Catan 5

Riadah berburu: aktiviti riadah yang menajamkan kemahiran dan kesabaran di samping mengisi waktu lapang secara bermunafaat.

‘Beramu tidak merusak kayu
Berotan tidak merusak hutan
Bergetah tidak merusak rimba
Berumah tidak merusak tanah
Berkebun tidak merusak dusun
Berkampung tidak merusak gunung
Berladang tidak merusak padang’

Campuran atas kanvas

2021

2' x 3'

_____

Orang-orang kampung berkumpul untuk pergi memburu rusa. Mereka membuat pagar daripada kayu, buluh dan daun yang dicacak di atas tanah…
(Halaman 118)

CIK SITI WAN KEMBANG: Orang kata! Orang-orang yang berkata itu ialah lelaki. Mereka membuat berbagai-bagai peraturan untuk menegah orang perempuan daripada berbuat sesuatu. Umpamanya, orang perempuan tidak boleh memanjat pokok, orang perempuan tidak boleh memakai seluar; orang perempuan tidak boleh menaiki kuda dan macam-macam lagi Tengku, mari dekat sedikit pada beta.
… (Halaman 120).

Buku-Buku Rujukan:

Mohamed Zahir Haji Ismail. (1992). Drama Cik Siti Wan Kembang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.