russel.png

tentang_

Rumah Seni Selangor (RUsSEL) berfungsi sebagai tempat berkumpul para penggiat seni untuk menjalankan apa jua aktiviti bercorak formal atau santai. Konsep utama RUsSEL adalah menyediakan ruang residensi artis iaitu studio yang menjadi tempat bagi mereka menghasilkan karya dalam tempoh yang tertentu. Penekanan diberikan kepada pengkarya muda yang baru mencari tapak serta ruang untuk belajar dan memberdayakan diri mereka. Studio ini dilengkapi dengan peralatan yang lengkap yang membantu proses kreatif pengkarya. Pada akhir tempoh residensi mereka, sebuah pameran seni akan diadakan.

 

Selain itu, RUsSEL juga menyediakan beberapa ruang salon kepada peminat dan penggiat seni. Setakat ini, lebih daripada 20 program telah dijalankan untuk mengisi aktiviti di ruang ini, termasuk yang melibatkan komuniti seperti bengkel seni halus (lukisan figura, plein air, batik canting, pembuatan kraf buku, kraf kulit) dan juga pelbagai forum seni.

 

Rumah Seni Selangor (RUsSEL) yang telah beroperasi sepenuhnya sejak April 2018 ini selari dengan gagasan ‘Kota Seni’ yang dinyatakan oleh mantan YAB Dato Menteri Besar dalam banyak ucapannya. Lokasi RUsSEL pada masa ini adalah di Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam.

Art Community | Artist in residence | Mini Gallery